Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Little FF progress

pregnancy

Friday, March 30, 2012

Dilema Semut Kat Umah

tensen ngan semut dok memandi manda dlm cerek air yg aku dah masak.... aku nk biorkan kasik sejuk then nk transfer masuk dlm bekas air, x sempat nk transfer die dh leh lepak2 dlm tu ramai2... 2-3 kali aku kene masak air adohaiiii... bekas gula mmg kedap die x masuk, cerek air masak aku jek die sker masuk... 

gugel nyer gugel ade la citer pasal semut nih... so every time mmg semut masuk sendrik dlm cerek, so blh la di buang jek then guna air tu gamaknya....tp harus jugak dibuat pembersihan kt dlm umah nk menyahkan semut2 tu.... semut tunggu ehhhh, war is upon you!!






Mari ikuti cerita tentang 'semut dalam minuman' yang diambil dari dalam buku COKLAT UNTUK IMAN: Ada Yang Melihatmu.


Mak Teh Yang Kecoh

DI RUMAH Jazima sedang sibuk dengan kehadiran ramai tetamu. Keluarganya sedang menyediakan juadah bagi menjamu tetamu yang datang kerana meraikan Juwana, kakaknya yang akan ke Jordan pada minggu hadapan. Kakaknya akan melanjutkan pelajaran di sana dalam bidang perubatan.

“Gula mana? Siapa tahu gula di mana?” teriak Mak Teh Huda dari arah dapur.

“Mengapa kecoh sangat ini. Gula ada dalam kabinet sebelah bawah,” Mak Ngah Ghaziah memberitahu sambil menuding ibu jarinya ke arah tempat menyimpan gula.

Mak Teh Huda yang memang terkenal dengan sikap kecohnya tersengih lalu mencari gula di dalam kabinet. Ada beberapa balang berisi gula di dalam kabinet itu. Dia mengambil satu daripadanya. Berpuluh ekor semut penuh di dalam balang itu.

“Banyaknya semut!” seru Mak Teh Huda sambil menjulang balang itu agar dapat dilihat Mak Ngah Ghaziah. Terlalu banyak semut di dalam balang yang terbuka penutupnya itu.

“Siapa punya kerja sudah buka tidak tahu tutup semula balang gula ini. Hendak buat macam mana dengan semut yang banyak ini? Ada juga yang sudah mati.” Jazima yang kebetulan berada di situ, mengambil balang itu daripada tangan Mak Teh Huda.

“Jazima, beri pada kakak balang itu. Biar kakak selesaikan.” Juwana yang datang ke dapur menghulurkan tangannya menyambut balang itu daripada Jazima.

“Buang sahajalah. Banyak sungguh semut dalam balang itu,” kata sepupu Juwana.
“Hish! Usah dibuang! Membazir!” Bantah Juwana.

“Mudah sahaja, bancuh dengan air kemudian tapis semut itu.” Lidiya, jiran sebelah rumah Juwana memberi cadangan yang amat munasabah pada fikirannya. Dia berasa kasihan melihat Juwana terkial-kial membuang semut-semut itu satu per satu. Bukan sedikit, entah berapa ratus ekor.

“Tidak boleh buat begitu. Air menjadi najis apabila dengan sengaja dimasukkan semut yang sudah mati kerana semut yang sudah mati adalah bangkai. Orang Islam diharamkan memakan bangkai. Begitu jugalah air yang bercampur bangkai. Haram diminum sebab bangkai itu najis,” kata Juwana.

Semua yang berada di situ tergamam mendengar penerangan Juwana. Mereka sedia maklum anak gadis itu berkelulusan sekolah agama. Jadi sudah pasti dia tahu apa yang dikatakannya benar ataupun salah. Apa yang membuatkan mereka tergamam, selama ini mereka tapiskan sahaja air yang ada bangkai semut sebelum meminumnya.

“Habis, apa yang patut dilakukan dengan gula yang penuh semut itu? Buangkan sahaja?” Mak Teh Huda bertanya. Ada riak tidak senang pada wajahnya.

“Tidak. Masih boleh digunakan lagi.”

Mak Ngah Ghaziah garu kepala. “Eh, tadi kata najis kalau dimasukkan ke dalam air dengan sengaja. Yang mana satu betul?”

Juwana tersenyum nipis. “Begini, apabila semut yang masih hidup, dengan sengaja dimasukkan ke dalam air kemudian ia mati. Air itu hukumnya najis. Apabila semut yang sudah mati dengan sengaja dimasukkan ke dalam air pun, hukumnya najis. Tetapi andai semut hidup termasuk sendiri ke dalam air kemudian mati, air itu boleh diminum dengan syarat buangkan dahulu semutnya. Air juga tidak berubah sifatnya. Daripada rasa air kosong kepada rasa air berperisa semut pula.”

“Jadi, apa penyelesaiannya?” Laju Lidiya bertanya.

“Mudah sahaja. Buangkan dahulu semut yang sudah mati dalam balang gula ini. Kemudian gula masih boleh digunakan.” Juwana menjelaskan lagi.

“Bukan sedikit semut itu.” Mak Ngah Ghaziah masih belum puas hati.

“Tidak mengapa. Sedikit ataupun banyak, sekiranya itu sudah perintah Allah, ikutkan sahaja.” Juwana tersenyum manis.

Jazima terkelip-kelip. Seketika kemudian dia bertanya, “Kebetulan kakak bercakap tentang semut, saya mahu tanya, betulkah pada sayap lalat ada racun dan penawar? Saya pernah terbaca hadisnya.”

Kata Rasulullah, Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kamu, maka benamkan ia. Setelah itu buang lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lain terdapat penawarnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad).
“Begitukah hadisnya?” tanya Juwana.

“Ya, begitulah.” Jazima mengiakan pertanyaan kakaknya.

“Bukankah lalat itu serangga pembawa penyakit? Sekiranya lalat hinggap pada makanan yang terdedah usah dimakan. Sebab sudah terbukti ramai yang mendapat cirit-birit disebabkan lalat, kan?” Mak Ngah Ghaziah berminat mendengar perbualan anak-anak buahnya.

“Mak ngah, hadis itu hadis sahih dan sudah ada saintis yang melakukan kajian berdasarkan hadis tersebut,” Juwana berkata dengan suara yang dilembutkan agar tidak menyinggung perasaan ibu saudaranya itu.
“Benarkah begitu? Boleh ceritakan pada mak teh?” Mak Teh Huda turut berminat hendak tahu lebih lanjut tentang hadis itu.

“Saya baca dalam buku Perubatan Islam & Bukti Sains Moden karya Dr. Danial Zainal Abidin. Kata beliau, pada 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai serangga paling berbahaya yang pernah dikenali manusia selama ini. Ia dikenal pasti membawa penyakit demam kepialu atau typhoid, taun atau cholera, cirit birit atau bacillary dysentery dan trachoma.”

“Ha, kan betul apa yang mak ngah cakap tadi?”

“Tetapi, pada tahun 1927 Shope, dan pada tahun 1938 Glaser mendapati ada kuman–kuman virus dalam badan lalat berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas musca domestica (lalat yang biasa di rumah) mendapati ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman yang menyebabkan penyakit cirit- birit dan demam kepialu; staphylococcus muscae, escherichia coli, dan salmonella paratyphi. Pada tahun 1939 pula, Lal, Ghosal & Mukherji mendapati bahawa lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk lain yang tidak berbahaya.”

“Betulkah?”

“Itu sudah cukup menjadi bukti, mengapa Rasulullah menyuruh membenamkan terlebih dahulu lalat yang termasuk ke dalam minuman kita sebelum membuangnya,” Juwana menjelaskan lagi.

“Oh, begitu ya,” Jazima terangguk-angguk.

“Ada satu lagi tentang lalat yang elok kita ambil tahu. Lalat dalam bentuk larva amat berguna untuk merawat luka-luka bernanah pada abad keenam belas. Pakar bedah zaman Napoleon, Larrey mendapati kesembuhan luka-luka cepat berlaku apabila larva dicelup dalam luka-luka tersebut. Larva lalat juga digunakan untuk merawat osteomyelitis dan gangrene. Ini kerana M.A Stewart pada 1934, medapati bahawa larva lalat apabila ‘dicelupkan akan mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Dalam keadaan ini, kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel.”

“Yang itu mak teh percaya. Mak teh ada tonton di tv3 cara mengubati pesakit menggunakan larva.”

“Sebagai orang Islam, sepatutnya kita percaya apa sahaja yang datang daripada Rasulullah s.a.w. Tidak bolehlah kita pilih yang kita suka sahaja. Allah berkata dalam surah al-Hashr ayat 7, “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”

Semua yang mendengar ayat al-Quran itu senyap. Tidak berani berkata apa-apa lagi.